Retour

Explorez tous les épisodes du podcast SBS Bahasa Melayu

Plongez dans la liste complète des épisodes de SBS Bahasa Melayu. Chaque épisode est catalogué accompagné de descriptions détaillées, ce qui facilite la recherche et l'exploration de sujets spécifiques. Suivez tous les épisodes de votre podcast préféré et ne manquez aucun contenu pertinent.

Rows per page:

1–50 of 103

TitreDateDurée
#79 Talking about visas (Med) - #79 Talking about visas (Med)06 févr. 202500:15:07
Learn how to talk about your visa status. - Pelajari bagaimana anda boleh berbual mengenai status visa anda.
Does Australia's Parliament reflect society? - Apakah Parlimen Australia Mencerminkan Masyarakat Berbilang Kaum Di Negara Ini?30 janv. 202500:08:59
Australia is one of the world's most multicultural nations but our Parliament isn't. Does it matter? - Australia ialah antara negara utama di dunia yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Namun, Dewan Parlimennya gagal mencerminkan hakikat ini. Apakah kegagalan ini seharusnya diabaikan oleh para pengundi, khususnya di kalangan golongan migran?
Sambutan Tahun Baru Berbilang Kaum Lambang Semangat Muhibbah27 janv. 202500:05:25
Baru-baru ini berlansung sambutan serentak Tahun Baru dan Tahun Baru Cina yang melambangkan semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia yang merantau ke negara ini. Majlis rumah terbuka ini dijayakan oleh tiga warga Melayu berganding bahu dengan seorang pengusaha keturunan baba Melaka, selaku tuan rumah. Sambutan tahun baru ini berlansung di sebuah kilang plastik kepunyaan hos majlis di subbandar Clayton, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne. Apa yang menarik, majlis bertemakan warna merah-hitam ini dihadiri oleh tetamu berbilang kaum, sebahagian daripadanya warga Malaysia yang bekerja di kilang terbabit. Dan seperti sambutan rumah terbuka di tanahair, tetamu majlis disajikan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk Melayu serta manisan, termasuk durian Musang King. Dan pastinya tidak sah sekira sesebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina tiada persembahan tarian singa dan majlis kali ini tidak menghampakan. Zaini Ahmad berpeluang menghadiri sambutan Tahun Baru/Tahun Baru Cina 2025 ini dan rata-rata, para jemputan telah menikmati sajian dan kemeriahan serta menghayati semangat muhibbah majlis tersebut.
#78 Talking about holidays (Med) - #78 Berbual tentang percutian (Med)23 janv. 202500:14:00
Learn how to talk about recent holiday or trip. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang percutian atau perjalanan anda.
Ulasan Drama TAKDIR Lakonan Pelajar Malaysia Terbitan Badan Perhubungan Melbourne22 janv. 202500:08:52
Baru-baru ini berlansung sebuah pementasan drama time-travel merentasi zaman silam dan zaman akan datang yang bertajuk TAKDIR. Pementasan ini hasil terbitan Badan Perhubungan Melbourne yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara, ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang kini mengikuti pengajian tinggi mereka di Melbourne. Drama Takdir mengisahkan harapan seorang suami dan bapa yang berikhtiar dan berjaya mencipta mesin merentasi zaman untuk menyelamatkan isteri beliau yang terbunuh dalam satu kecelekaan lebih dua dekad lalu. Namun pengembaraan beliau merentasi masa membawanya ke zaman silam, Hang Jebat dan Hang Tuah, juga ke abad-22. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pementasan Takdir yang berlansung di teater State Library of Victoria dan Zaini Ahmad berpeluang menonton terbitan amatur ini. Ikuti ulasan beliau.
What does January 26 mean to Indigenous Australians? - Apakah Hakikat 26 Januari Bagi Kaum Warga Asli Australia?16 janv. 202500:12:11
In Australia, January 26 is the national day, but the date is contentious. Many migrants who are new to Australia want to celebrate their new home, but it’s important to understand the full story behind the day. - Di Australia, 26 Januari ialah Hari Kebangsaan, namun sejak kebelakangan ini, kesesuaian tarikh ini sering dipertikaikan. Ramai golongan migran di Australia ingin menyambut Hari Kebangsaan negara baru mereka tetapi apa yang penting ialah memahami sepenuhnya sejarah di sebalik tarikh 26 Januari ini.
#77 Setting up a tent (Med) - #77 Memasang khemah (Med)11 janv. 202500:15:17
Learn how talk about setting up a tent. - Jom pelajari bagaimana untuk memasang sebuah khemah.
Are you in need of crisis accommodation? - Tiada Tempat Berteduh? Petua Bagi Mereka Yang Menghadapi Ketunawismaan09 janv. 202500:11:57
If you are homeless or at risk of becoming homeless it can be difficult knowing who to ask for a safe place to go. You don’t have to feel isolated, and there is no shame in asking for help. There are services that can point you to crisis accommodation and support, wherever you are. - Jika anda seorang tuna wisma yang tiada tempat tinggal, tahukah ke mana harus anda tuju untuk mendapat bantuan? Jangan sesekali fikir hanya anda sahaja yang menghadapi masalah sebegini dan tak usah berasa malu untuk memohon bantuan. Di Australia, wujud pelbagai perkhidmatan bagi membantu golongan ketunawismaan menyediakan tempat sementara untuk berteduh ketika menghadapi krisis dalam kehidupan mereka.
Danish Rizal Bukti Kehebatan DiPilih Mereka Fesyen Gadis Litar Moto GP Malaysia03 janv. 202500:06:05
Dalam dunia fesyen yang begitu sengit saingannya, bakat baru perlu membukti kehebatan dan keunikan untuk mencipta nama tersendiri. Apatah lagi sekiranya saingan yang dihadapi turut membabitkan golongan pereka fesyen yang telah pun mengukir nama mereka dalam industri serba glamour ini. Namun, itulah kejayaan yang dicapai oleh seorang pereka fesyen generasi baru setelah beliau berjaya dipilih mereka pakaian seragam gadis litar perlumbaan Moto GP Malaysia baru-baru ini. Apa yang lebih mengagumkan, warga Malaysia ini masih lagi menjalani kursus rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, ketika dipilih oleh syarikat petroleum kebangsaan, Petronas, selaku penganjur utama perlumbaan Moto GP. Zaini Ahmad berpeluang menemubual pereka fesyen, Danish Rizal, bintang baru yang bakal mengukir nama dalam dunia fesyen.
Hujan Emas Hujan Batu Yang Mana Satu Pilihan Mu25 déc. 202400:05:54
Bagi sebilangan besar warga Malaysia yang kini berada di Australia, pepatah "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri" sudah luput konsepnya. Kenapa mereka harus hidup menderita, sentiasa kesempitan wang ringgit, semata-mata untuk memenuhi seruan atau kehendak masyarakat dan bangsa mahupun pihak kerajaan, walhal wujud peluang bagi mereka mengubah nasib di negara asing. Sememangnya langkah yang diambil membabitkan pengorbanan besar yang melihat golongan ini terpisah jauh dari kaum keluarga dan sanak saudara bertahun-tahun lamanya, kerinduan mendadak yang tidak terhingga. Namun itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi menanggung segala keperluan kaum keluarga di kampung halaman. Mujurlah di Australia, kehidupan senang boleh dikecapi asalkan golongan terbabit ringan tulang. Warga sebeginilah yang sempat ditemui oleh Zaini Ahmad ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang warga Sarawak dari Miri yang kini menetap di Melbourne, Australia. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Rosmiati Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai Megaa, serta beberapa para jemputan lain pada majlis penuh kemeriahan di subbandar Springvale, Victoria, yang berlansung baru-baru ini.
#74 Talking about your pet peeves (Med) - #74 Bercakap Tentang Perkara Yang Menjengkelkan (Med)19 déc. 202400:11:21
Learn how to talk about things that annoy you. - Pelajari bagaimana berbual tentang perkara yang menjengkelkan anda.
Tiga Warga Malaysia, Tiga PR Australia Diperolehi Secara Betul: Ketahui Bagaimana18 déc. 202400:09:22
Kini di Australia terdapat berpuluh ribu warga Malaysia yang mempunyai hak untuk menetap di negara ini. Status hak bermastautin atau permanent resident yang lebih dikenali dengan akronim PR kini menjadi topik hangat yang sentiasa diperbincangkan, khususnya di kalangan pendatang baru. Ramai di kalangan warga Malaysia yang baru tiba ke negara ini, sebilangan besarnya sejak sepuluh tahun lalu, merasakan diri mereka tertipu dengan janji-janji manis segelintir individu, terpedaya dengan tipu muslihat mereka kononnya boleh mendapatkan visa untuk membolehkan mereka bekerja dan terus menetap di negara ini. Akibat penipuan ini, kini lebih kurang 40,000 warga Malaysia telah memohon perlindungan semata-mata untuk membolehkan mereka bekerja dan menetap di Australia. Ada yang berjaya namun sebilangan besar gagal dalam permohonan perlindungan mereka, terpaksa pulang ke tanahair kecewa. Sememangnya memperolehi hak bermastautin di negara in agak sukar dan kini syarat-syaratnya telah diperketatkan oleh kerajaan Australia, namun masih ada proses yang sah dan betul yang boleh dilakukan oleh warga Malaysia untuk cuba menetap di negara ini. Ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Malaysia Madani anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne baru-baru ini, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga warga Malaysia yang berjaya memperolehi PR untuk menetap di Australia, ketiga-tiganya secara sah, mahupun berbeza.
Takdir Drama Sci-Fi ala Back To The Future Bakal Menonjolkan Bakat Pelajar Malaysia Di Melbourne12 déc. 202400:11:36
Tanggal 21 Disember ini bakal berlansung sebuah pementasan drama sci-fi ala Back To The Future anjuran Badan Perhubungan Melbourne, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara dengan cawangan Australia di Melbourne, Sydney dan Brisbane serta di United Kingdom, Mesir dan Indonesia. Takdir menceritakan kisah seorang suami yang mencipta mesin merentasi masa atau time travel machine bertujuan mengubah nasib menyelamatkan isteri beliau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pementasan Takdir, ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Pengarah Pementasan atau Play Director drama sci-fi ini, Nur Diana Shahuriy.
Colours of Malaysia Paparkan Segala Yang Gemilang Serba Enak Untuk Dinikmati Warga Tempatan06 déc. 202400:07:56
Baru-baru ini berlansung pesta Colours of Malaysia 2024 di pusat tarikan pelancong terkenal di Melbourne, the Queen Victoria Market. Pesta Colours of Malaysia tahun ini dijayakan oleh Majlis Pelajar-Pelajar Malaysia di Australia cawangan Victoria, lebih dikenali sebagai MASCA, dengan sokongan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Syabas kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan pesta tahun ini.
#76 Getting a gift (Med) - #76 Memberi Hadiah (Med)05 déc. 202400:12:40
Learn how to talk about getting a gift for someone. Plus, find out what the Secret Santa tradition is all about. - Pelajari bagaimana untuk berbual jika anda ingin memilih hadiah untuk seseorang. Juga, ketahui asal-usul tradisi "Secret Santa" yang kini menjadi amalan ramai di kalangan rakan sekerja.
Understanding Indigenous knowledge of weather and seasons - Pemahaman Perubahan Musim Dan Iklim Serta Kaitannya Dengan Kehidupan Alam Sekitar Di Kalangan Warga Asli05 déc. 202400:10:44
You’re probably familiar with the four seasons—Summer, Autumn, Winter, and Spring—but did you know that First Nations people have long recognised many more? Depending on the location, some Indigenous groups observe up to six distinct seasons each year. - Pastinya kita semua arif dengan keempat-empat musim yang saling berganti, iaitu musim panas, musim daun luruh, musim sejuk dan musim bunga. Namun, tahukah anda bahawa warga pertama Australia mengenalpasti lebih dari empat musim dalam setiap tahun? Bergantung pada lokasi, sesetengah kaum orang asli mengenalpasti enam musim setiap tahun.
Malaysia Pertingkatkan Pengeksportan Buah-Buahan Tempatan Ke Australia26 nov. 202400:05:54
Baru baru ini berlansung Pesta Makanan dan Buah-Buahan tempatan anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Pesta ini sempena sambutan Colours of Malaysia yang bakal berlansung pada 30hb November dan 1hb December, 2024, di Queen Victoria Market di bandar Melbourne. Zaini Ahmad dijemput menghadiri pesta makanan dan buah-buahan untuk menikmati pelbagai sajian yang dihidangkan, antaranya, satay dan raja segala buah-buahan, iaitu buah durian. Sambil menikmati sajian, Zaini sempat menemubual Konsul Muda Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia, Sydney, Cik Kalaivani Gohbal, dan Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud. Ikuti perbualan mereka untuk mengetahui apakah lagi buah-buahan tempatan yang bakal dieksport oleh negara Malaysia ke Australia serta perkembangan terkini permohonan Malaysia untuk menyenaraikan Budaya Sarapan Malaysia dalam senarai warisan budaya UNESCO.
Pesta Colours of Malaysia 2024 Memaparkan Segala Yang Indah, Menarik dan Enak Dari Tanahair21 nov. 202400:12:44
Sekali lagi, pesta tahunan Colours of Malaysia akan muncul di Kota Melbourne berlansung di pasar seni dan makanan paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, the Queen Victoria Market. Seperti tahun lalu, pesta ini dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysian Students' Council of Australia, Victoria, MASCA. Pesta meriah ini memberi peluang kepada pengunjung menghayati budaya dan warisan Malaysia melalui persembahan musik, tarian, seni serta bengkel interaktif sambil menikmati sajian enak dari tanahair. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pesta kali ini, Zaini Ahmad berbual dengan Pengarah Projek Colours of Malaysia 2024, Danish Rizal. Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati pesta Colours of Malaysia di Queen Victoria Market pada hari Sabtu, 30 November dan Ahad, 1 December, 2024, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Country-led design in Australian cities: what is it and why does it matter? - Penyataan Elemen Warisan Warga Asli Dalam Reka Bentuk Ruang Dan Bangunan Di Australia14 nov. 202400:13:10
Country is the term at the heart of Australian Indigenous heritage and continuing practices. The environments we are part of, carry history spanning tens of thousands of years of First Nations presence, culture, language, and connection to all living beings. So, how should architects, government bodies and creative practitioners interact with Indigenous knowledge when designing our urban surroundings? - Di setiap pelusuk benua Australia wujud suatu penyataan dalam ruang yang dibina yang mencerminkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini. Persoalan yang kini timbul, apakah jurubina, arkitek dan agensi kerajaan seharusnya berinteraksi dan mengadakan dialog dengan warga pertama negara ini di peringkat awal sesuatu pembangunan bagi memastikan penyataan dan pengekspresan warisan kaum orang asli wujud dalam reka bentuk ruang yang dibina?
Datuk Zaiton Othman Terus Memperjuangkan Prestasi dan Martabat Arena Sukan Negara07 nov. 202400:23:37
Dalam arena sukan di Malaysia wujud beberapa jaguh dan juara yang sememangnya layak dianggap wira dan lagenda negara. Antaranya, bersinar kejaguhan seorang olahragawati yang begitu hebat sekali ketika zaman kegemilangannya sepanjang dekad ke-70 dan 80an dalam acara heptathlon, sehingga digelar, the "Iron lady". Olahragawati ini berjaya memecah rekod heptathlon di Sukan SEA di Manila pada 1981 dan setahun kemudian dikurniakan anugerah Olahragawati Kebangsaan 1982. Walaupun kini telah meninggalkan gelanggang sukan secara professional, jaguh dan wira sukan ini terus bertekad memajukan dunia sukan tanahair. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Datuk Zaiton Othman untuk mengetahui apakah yang mendorong beliau sehingga mencapai kecemerlangan dalam dunia sukan yang serba kompetitif.
The impacts of First Nations tourism - Pelancongan Warga Pertama Australia Dan Kesannya Terhadap Warisan, Budaya Serta Ekonomi01 nov. 202400:12:44
Are you seeking a truly impactful Australian travel experience? Whether you’re seeking wilderness, food, art or luxury, there are plenty of First Nations tourism adventure that you can explore, led by someone with 65,000 years of connection to this land. Not only will you deepen your experience, but you’ll help drive cultural and economic opportunities for First Nations communities. - Apakah anda ingin menikmati pengembaraan atau percutian yang benar-benar menawarkan pengalaman jati Australia? Tak kira sama ada anda gemari pengembaraan di hutan rimba atau menikmati sajian dan hidangan tempatan, kesenian atau percutian mewah, pengalaman Pelancongan Warga Pertama Australia atau First Nation Tourism menawarkan pelbagai pilihan. Dan kesemuanya dikendalikan oleh pemandu pelancong warga kaum asli yang mempunyai kaitan dengan bumi Australia sejak 65-ribu tahun lalu. Menyertai pelancongan warga pertama Australia turut menyumbang terhadap pembangunan dan perkembangan budaya dan ekonomi kaum orang asli negara ini
Keengganan Mengaku Kalah Serta Keinginan Menimba Ilmu Mendorong Dr Raja Yasmin Terhadap Kejayaan22 oct. 202400:17:27
Kejayaan seseorang itu lazimnya boleh diukur bukan setakat tahap kecemerlangan yang tercapai, sebaliknya turut dihitung dari kegagalan yang diharungi. Apa yang penting, tak kira berapa kali seseorang itu gagal, semangat serta ketabahan hati untuk mencuba sekali lagi seharusnya dipuji. Inilah pegangan seorang warga Malaysia berasal dari Ipoh, Perak, yang berjaya mencipta nama dalam bidang motivasi, kejurulatihan dan mentorship di Melbourne, Australia. Malahan kejayaan itu melihat beliau dianugerahkan sebagai "The Australian Coach of The Year" pada tahun 2019 oleh Institut Jurulatih Australia, menewaskan 7,000 jurulatih yang lain. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Dr Raja Yasmin untuk mengetahui perjalanan hidup beliau sejak berhijrah ke Australia dan apakah yang menjadi motivasi untuk beliau terus mengejar kejayaan.
#71 Talking about being scammed (Med) - #71: Pelajari Bagaimana Untuk Bercakap Mengenai Penipuan (Med)09 oct. 202400:14:09
Learn how to communicate about suspicious messages and scams. - Pelajari bagaimana untuk memaklumkan kepada rakan dan pihak berkuasa sekiranya anda menerima pesanan atau tawaran yang mencurigakan.
Indigenous astronomy: How the sky informs cultural practices - Pemahaman Astronomi: Bagaimana Ilmu Falak Mempengaruhi Amalan Kehidupan Dan Warisan Warga Pertama Australia30 sept. 202400:11:12
Astronomical knowledge of celestial objects influences and informs the life and law of First Nations people. - Pemahaman peredaran cakerawala mempengaruhi amalan kehidupan, budaya dan warisan Warga Pertama Australia.
Mencari Yang Halal: Le Feu Oasis Menyajikan Masakan Vietnam Bebas Daging Khinzir30 sept. 202400:08:08
Bagi warga Melayu di Australia, mencari makanan halal adalah perkara biasa yang sentiasa perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Lazimnya, sajian restoran dari rantau Indochina, termasuk Vietnam, mengandungi bahan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Namun, di subbandar Springvale, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne, terdapat sebuah restoran Vietnam yang menawarkan menu 100% bebas daging khinzir yang digemari ramai. Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu mencuba beberapa sajian halal yang ditawarkan oleh Restoran Vietnam, Le Feu Oasis.
Ulung Kalinya, Kemerdekaan Malaysia Dianjurkan Oleh Tiga Warga Melayu Membuktikan Semangat Malaysia Boleh!12 sept. 202400:08:28
Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.
Nik Nasyron Syah Gesa Warga Malaysia Mendekati Konsulat Jeneral Mendapatkan Maklumat Sahih Tanpa Spekulasi12 sept. 202400:04:16
Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dengan tema, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka. Segolongan warga Malaysia yang menetap di Melbourne, Australia, turut berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini setelah dijemput menghadiri majils anjuran Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne di sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota negeri Victoria yang indah ini. SBS Bahasa Melayu turut dijemput ke majlis ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.
Salam Perantau Selamat Pulang Ke Tanahair Kak Pah08 sept. 202400:07:37
Setelah berada di Australia selama tujuh-belas tahun, warga Malaysia, Sharifah Dayang Kusuri, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke tanahair. Beliau adalah antara orang pertama di kalangan golongan terbaru warga Malaysia yang datang ke Australia sejak awal tahun 2000 untuk cuba mengubah nasib di negara ini. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Sharifah Dayang Kusuri, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah, untuk mengetahui kisah pahit manis serta saranan beliau kepada warga Malaysia lain yang kini menyimpan hasrat untuk datang ke negara ini.
#69 Getting a haircut (Med) - #69 Pelajari Frasa Berguna Ketika Mengunjungi Salon Rambut (Med)29 août 202400:16:54
Learn how to talk to your hairdresser about getting your hair cut. - Pelajari beberapa frasa berguna ketika mengunjungi salon rambut untuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut anda.
Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu29 août 202400:07:40
Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.
#68 Discussing the news (Med) - #68 Berbincang tentang berita (Med)22 août 202400:16:44
Learn how to talk about news that makes us feel scared or hopeful. - Pelajari bagaimana anda boleh vertutur dalam Bahasa Inggeris untuk menyuarakan kebimbangan atau harapan anda.
Embracing the wisdom of traditional Indigenous medicine - Mendekati Keberkesanan Perubatan Tradisional Kaum Orang Asli22 août 202400:13:11
Understanding and respecting Indigenous knowledge of medicine may be the key to providing more holistic and culturally sensitive care in today's healthcare setting. - Memahami dan mendalami amalan perubatan kaum orang asli negara ini yang menggabung pendekatan holistik zahir dan batin mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan kesihatan umum yang ditawarkan kepada semua warga Australia.
Demi Kesyukuran, Pak Teh Dan Sheila Giat Mengerjakan Kebajikan18 août 202400:09:44
Kini ramai di kalangan warga Australia yang menghadapi tekanan hidup akibat bebanan kos kehidupan yang kian meningkat. Bagi pasangan suami isteri dari Malaysia, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT sejak berhijrah ke Australia adalah rahmat yang diterima dengan penuh kesyukuran. Ikuti perbualan Zaini Ahmad bersama pasangan yang lebih dikenali dengan gelaran mesra, Pak Teh dan Sheila, untuk mengetahui apakah yang mendorong mereka membabitkan diri dalam aktiviti kebajikan.
#67 Complaining about kids (Med) - #67 Mengadu Perihal Tingkahlaku Kanak-Kanak (Med)01 août 202400:15:36
Learn how to talk about your kids when they are a bit challenging. - Pelajari istilah berguna yang boleh digunakan terhadap kanak-kanak nakal yang berkelakuan keterlaluan.
Good reasons to observe the pedestrian road rules - Tatatertib Dan Petua Untuk Pejalan Kaki Supaya Sentiasa Selamat01 août 202400:12:14
Every day, pedestrians across Australia break the law without knowing it. This can result penalties and occasionally accidents. Stay safe and avoid an unexpected fine by familiarising yourself with some of Australia’s common pedestrian laws. - Setiap hari ramai pejalan kaki, tanpa disedari, melanggar undang-undang jalanraya di Australia. Kesalahan ini tidak boleh dianggap remeh kerana padahnya teruk, bukan setakat disaman dan didenda, malahan ramai juga yang ditimpa kemalangan. Dalam episode Australia Explained kali ini, SBS Bahasa Melayu memberi petua bagaimana untuk mengelak dari melakukan kesalahan serta tatatertib bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika berjalan kaki.
Understanding Australia’s legal system: laws, courts and accessing legal assistance - Sistem Perundangan Australia: Memahami Undang-undang, Mahkamah Dan Bagaimana Mendapat Bantuan Nasihat Guaman25 juil. 202400:11:16
Are you familiar with Australia’s legal system? As a federation of six states and two territories, Australia has laws that apply nationally, as well as laws specific to each jurisdiction. Additionally, there are parallel structures of federal and state courts. Learn the basics of how the legal system works, from understanding Australian laws to accessing legal assistance. - Sistem undang-undang Australia ialah satu rangkaian perundangan kompleks yang wujud bagi memastikan tatacara kemasyarakatan dipatuhi serta keadilan dan hak warganya sentiasa terpelihara. Sebagai sebuah Persekutuan, Australia terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah, setiapnya mempunyai kerajaan, badan perundangan dan sistem kehakiman tersendiri yang berfungsi serentak dengan struktur kerajaan persekutuan Komanwel. SBS Bahasa Melayu menerangkan bagaimana sistem perundangan negara in berfungsi serta opsyen yang sedia ada sekiranya anda memerlukan bantuan perundangan.
#66 What to ask when looking to rent (Med) - #66 Petua Mengutarakan Soalan Bijak Ketika Meninjau Rumah Yang Ingin DiSewa (Med)18 juil. 202400:16:40
Learn how to ask questions when looking for a home to rent. - Pelajari apakah jenis soalan yang perlu anda tanya ketika mencari rumah untuk disewa.
Stephen Yin Anak Malaysia Tonjol Semangat Malaysia Madani18 juil. 202400:13:03
Stephen Yin, seorang warga Malaysia yang kini menetap di Melbourne sememangnya giat memupuk semangat kepelbagaian budaya, bukan sahaja di Australia, malahan sewaktu beliau di tanahair lagi. Dilahirkan di Ipoh dan menetap di Kuala Lumpur, kerjaya Stephen dalam bidang perundangan dan korporat memberi peluang kepada beliau turut menetap di negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pengalaman ini mengasah kefasihan Stephen bertutur dalam Bahasa Melayu. Kini, bakat seni beliau teruji setelah dijemput menyertai persembahan teater, Princess of Champa, yang bakal berlansung pada 20 Julai, 2024, di Melbourne. Ikuti wawancara Zaini Ahmad dengan Stephen Yin untuk mengetahui apakah yang mendorong insan berjiwa seni ini mempromosikan semangat Malaysia madani.
What is road rage and how to deal with it? - Apakah Keganasan Di Jalanraya Dan Bagaimana Mengatasinya?11 juil. 202400:11:43
Aggressive driving is a continuum of bad driving behaviours which increase crash risk and can escalate to road rage. People who engage in road rage may be liable for traffic offences in Australia, have their car insurance impacted and most importantly put their lives and those of others at risk. Learn about the expectations around safe, responsible driving and what to do when you or a loved one are involved in a road rage incident. - Sikap agresif ketika memandu adalah suatu tabiat buruk yang mampu mencetus keganasan di jalanraya, sekaligus menyebabkan kemalangan. Di Australia, pemandu yang terbabit dalam keganasan di jalanraya berisiko menghadapi dakwaan undang-undang serta mempertingkatkan kos insuran kenderaan mereka. Lebih penting lagi, tabiat buruk ini mungkin mengakibatkan kemalangan yang bukan setakat mengancam pemandu terbabit, malahan keselamatan pengguna jalanraya yang tidak bersalah. SBS Bahasa Melayu meninjau isu keganasan di jalanraya dan langkah yang boleh diambil jika anda terbabit dalam situasi bahaya ini.
Why are Indigenous protocols important for all Australians? - Kenapa Protokol Warga Asli Australia Perlu DiHormati04 juil. 202400:11:58
Observing the cultural protocols of Aboriginal and Torres Strait Islander peoples is an important step towards understanding and respecting the First Australians and the land we all live on. - Mengikuti dan mematuhi protokol budaya kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres adalah langkah penting bagi memahami serta menghormati pemilik tradisional bumi Australia yang kini didiami pelbagai bilang kaum.
#65 Talking about the Olympics (Med) - #65 Berbual Mengenai Sukan Olimpik (Med)04 juil. 202400:12:45
Learn how to talk about the success of athletes during a big sporting event like the Olympic Games. - Pelajari bagaimana untuk bercakap mengenai prestasi dan kejayaan seseorang atlet yang bertanding dalam pesta sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik.
How to lodge your tax return in Australia - Petua Memfail Pulangan Cukai Pendapatan Di Australia27 juin 202400:10:56
In Australia, 30 June marks the end of the financial year and the start of tax time. Knowing your obligations and rebates you qualify for, helps avoid financial penalties and mistakes. Learn what to do if you received family support payments, worked from home, are lodging a tax return for the first time, or need free independent advice. - Di Australia, 30 Jun menandakan tarikh tamatnya tahun kewangan dan permulaan musim cukai. Jika anda bermastautin di Australia, anda perlu mengisytiharkan segala pendapatan anda yang terkumpul sepanjang tahun kewangan sebelumnya, tolak segala potongan cukai yang anda pohon. Ketahui apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda menerima bantuan kekeluargaan, anda bekerja dari rumah atau ini kali pertama anda perlu memfail pulangan cukai pendapatan.
#64 Sharing family culture through food (Med) - #64 Berkongsi Budaya Melalui Sajian Asli Dari Tanahair (Med)20 juin 202400:17:23
Sharing and describing food that is special to your family and culture. - Berkongsi sajian dan resipi tradisi dari tanahair bersama kekawan untuk memperkenalkan budaya kita.
Facing religious discrimination at work? These are your options - Apakah Anda Alami Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja? Ketahui Hak Anda20 juin 202400:11:51
Australia is a party to the International Covenant on Civil and Political Rights, which provides extensive protections to religious freedom. However, specific legislated protections vary across jurisdictions. If you have experienced religious discrimination at work, it is important to know your options, whether you are considering submitting a complaint or pursuing the matter in court. - Di Australia, perundangan berkaitan diskriminasi terhadap agama berbeza mengikut bidang kuasa setiap negeri dan wilayah di negara ini. Malahan, sesetengah negeri mempunyai perundangan yang memberi kuasa kepada majikan untuk menghadkan kebebasan pekerjanya untuk mempraktik amalan agama mereka. SBS Melayu kali ini meninjau apakah langkah yang boleh diambil sekiranya anda mengalami diskriminasi terhadap kepercayaan dan agama di tempat kerja.
Indigenous art: Connection to Country and a window to the past - Seni Lukisan Orang Asli Mencerminkan Warisan Dan Budaya Warga Pertama Australia13 juin 202400:11:35
Embracing their oral traditions, Aboriginal and Torres Strait Islander peoples have used art as a medium to pass down their cultural stories, spiritual beliefs, and essential knowledge of the land. - Bagi kaum orang asli Australia, seni lukisan dan pertukangan bukan setakat perhiasan semata-mata. Sebaliknya, warga pertama negara ini menggunakan seni sebagai perantaraan untuk mengajar generasi muda tentang warisan, kebudayaan, kepercayaan dan ilmu pengetahuan nenek moyang mereka. Seni orang asli juga memberi peluang kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres mengekalkan tradisi lisan melalui medium seni lukisan dan pertukangan.
Australia’s coffee culture explained - Mengupas Budaya Kopi Australia06 juin 202400:10:45
Australians are coffee-obsessed, so much so that Melbourne is often referred to as the coffee capital of the world. Getting your coffee order right is serious business, so let’s get you ordering coffee like a connoisseur. - Warga Australia sememangnya gila kopi sehinggakan Melbourne dianggap ibu kota kafe dunia. Meminum kopi ialah suatu aktiviti yang dianggap serius bagi sebilangan besar warga Australia, justeru kali ini, SBS Melayu mengupas budaya meminum kopi di negara ini.
Pasukan Bola Jaring Selangor Asah Bakat Di Melbourne30 mai 202400:12:25
Ogos ini melihat pesta sukan kebangsaan Malaysia, yang dikenali sebagai Sukma 2024, berlansung di negeri Sarawak selaku hos pesta tahun ini. Seperti pesta Sukma sebelum ini, pelbagai acara sukan akan dipertandingkan selama seminggu dari 17hb hingga 25hb Ogos. Antaranya, pertandingan bola jaring atau netball dan tahun ini, apa yang menarik, sekumpulan pemain pasukan netball negeri Selangor berpeluang mengunjung Melbourne sebagai persiapan pesta Sukma yang bakal berlansung. Zaini Ahmad berpeluang berbual dengan jurulatih pasukan Selangor, Rosnah Safee, dan salah seorang pemain negeri, Aidil Hardinar, untuk mengetahui apakah matlamat kunjungan team Selangor ini ke Melbourne, Australia.
#43 Talking about reading and books (Med) - #43 Bercakap Tentang Membaca Dan Buku (Med)23 mai 202400:14:14
Learn how to start conversations about books. Plus find out where you can find books in your language. - Pelajari bagaimana untuk berbual mengenai buku yang sedang dibacai. Juga, ketahui di mana untuk membeli buku dalam bahasa anda.
Mushroom foraging in Australia: Is it safe? - Cendawan Liar: Bagaimana Mengelak Memetik Kulat Beracun23 mai 202400:11:14
In Australia, authorities strongly advise against eating mushrooms that have not been expertly identified or purchased from a supermarket or grocer, as some fungi can be toxic or deadly if consumed. In each State and Territory, rules and regulations vary, and mushroom foraging is not allowed in some areas. - Mencari cendawan liar ialah suatu aktiviti yang popular di seluruh dunia, namun sebilangan besar pendatang baru ke Australia tidak menyedari akan risiko memetik tumbuhan liar di negara ini. Sesetengah cendawan beracun boleh menyebabkan kematian jika dimakan, sepertimana yang berlaku di Victoria tahun lalu yang melihat tiga orang mati setelah disajikan cendawan beracun. SBS Bahasa Melayu mengupas aktiviti memetik cendawan liar serta petua memilih cendawan yang selamat untuk dimakan
#57 Talking about ageing (Med) - #57 Bercakap Tentang Penuaan (Med)21 mai 202400:15:52
Learn fun phrases you can use to describe the process of growing older. - Pelajari frasa yang mampu menggambarkan keseronokan mencecah peringkat warga emas.
© My Podcast Data · Projet indépendant · Données issues d'Apple & Spotify